2.8 juta remaja lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 23 Mac – Setakat semalam, sebanyak 1,272,121 individu atau 35.8 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima dos pertama vaksin Covid-19.

Menurut data menerusi laman web COVIDNOW, semalam, sebanyak 4,465 lagi kanak-kanak tampil mendapatkan vaksin itu menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,845,415 individu atau 91.5 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,943,210 atau 94.6 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 15,530,830 individu atau 66 peratus populasi dewasa di dalam negara pula telah menerima dos penggalak termasuk 21,375 yang mendapatkan suntikan itu semalam.

Pada masa yang sama, seramai 22,945,101 atau 97.5 peratus populasi dewasa telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 23,221,040 atau 98.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sepanjang semalam, selain dos penggalak, sebanyak 1,357 dos kedua dan 5,645 dos pertama diberikan menjadikan 28,377 dos vaksin diberikan semalam menjadikan jumlah kumulatif 68,546,897 dos.

Related posts

Leave a Comment