73 lagi kematian Covid-19

PUTRAJAYA 23 Mac – Kementerian Kesihatan melaporkan 73 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 34,535 orang, daripada 4.01 juta kes positif yang dikesan di negara ini.

Menurut data di portal COVIDNOW, 25 daripada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Sementara itu, terdapat 252,671 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada

jumlah itu, 244,262 individu atau 96.7 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 1,453 orang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 6,617 dirawat di hospital dan 339 di unit rawatan rapi (ICU) membabitkan 130 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 209 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment