Enam imam Tarawih Masjidilharam

MAKKAH 23 Mac – Enam orang imam termasuk Sheikh Abdur Rahman Al Sudais akan memimpin solat sunat Tarawih dan Tahajjud di Masjidilharam pada tahun ini.

Turut terlibat adalah Sheikh Abdullah Awad Al Juhany, Sheikh Saud Al Shuraim, Sheikh Maher Al Muaiqly, Sheikh Sheikh Yasir Al Dawsary dan Sheikh Bandar Baleelah.

Tiada imam jemputan pada tahun ini.

Mengikut jadual yang dikeluarkan, pada malam pertama solat Tarawih akan dipimpin oleh Sheikh Abdullah Awad Al Juhany, dan Sheikh Abdur Rahman Al Sudais.

Pada tahun ini juga, iktikaf 10 malam terakhir dibenarkan selepas dua tahun tidak diadakan berikutan penularan Covid-19.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Arab Saudi mengumumkan pemansuhan semua sekatan Covid-19, termasuk kuarantin wajib bagi semua pengunjung ke negara itu.

Menerusi catatan di akaun Twitter rasminya pada Isnin, sekatan yang dimansuhkan termasuk penyerahan sijil vaksinasi Covid-19 dan ujian PCR, sebelum atau semasa ketibaan di Arab Saudi.

Langkah itu diambil susulan penurunan kes dan kadar pelalian mencapai 99 peratus untuk semua penduduk berumur 12 tahun ke atas.

Related posts

Leave a Comment