SEREMBAN 22 Sept. – Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim bersama barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) dijadualkan menghadap Tuanku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar, esok. Menurut laporan media, perjumpaan berkenaan bagi sesi suai kenal dan silaturahim yang dijadualkan berlangsung di Galeri Diraja Tuanku Jaafar, di sini, pada pukul 9 pagi. Dijangka turut hadir dalam pertemuan itu adalah Undang Yang Empat (Undang yang dipertikai), Tunku Besar Tampin dan Datuk Shahbandar Sungei Ujong. Rakan media juga dijemput hadir bagi membuat liputan perjumpaan berkenaan. Khamis lalu, media melaporkan satu kenyataan atas nama Barisan…
Read MoreDay: September 22, 2026
Negeri Sembilan gantung SUK, penasihat udang-ubdang
SEPANG 22 Sept. – Mesyuarat Khas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Negeri Sembilan hari ini menggantung tugas Mohd Zafir Ibrahim sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri dan Muzalmah Mustapha Kamal sebagai Penasihat Undang-Undang Negeri, berkuat kuasa serta-merta. Menteri Besar, Ismail Lasim berkata, Pegawai Kewangan Negeri, Masri Razali dinamakan untuk menjalankan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan sehingga Setiausaha Kerajaan Negeri baru dinamakan oleh Ketua Setiausaha Negara. Manakala tugas memberikan nasihat perundangan akan dilaksanakan oleh Fahmi Adilah, seorang peguam bela dan peguam cara sehingga Penasihat Undang-Undang baharu dinamakan oleh Jabatan Peguam Negara.…
Read MoreDUN Melaka bubar esok, 23 September
MELAKA 22 Sept. – Ketua Menteri, Ab Rauf Yusoh mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka berkuat kuasa esok, 23 September bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) ke-16. Ab Rauf berkata, beliau sudah menghadap Yang di-Pertua Negeri, Dr Mohd Ali Mohd Rustam bagi memaklumkan kedudukan DUN, seterusnya memohon untuk pembubaran. “Saya telah menghadap Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam bagi memaklumkan kedudukan DUN Melaka dan seterusnya memohon perkenan untuk pembubaran DUN Melaka. “Sukacita saya maklumkan Tun Mohd Ali perkenan bagi DUN Melaka…
Read MoreBerita pilihan….
Bebaskan Asia Barat dari AS, Israel
TEHRAN – Amerika Syarikat (AS) dan Israel perlu menerima hakikat bahawa rantau Asia Barat harus bebas daripada apa yang disifatkan sebagai kehadiran “jenayah dan tidak bermoral” kedua-dua negara itu. Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) menegaskan demikian ketika ketegangan serantau terus memuncak susulan konflik yang melibatkan Iran, Israel dan sekutu masing-masing. Pada masa sama, Duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Mike Waltz, berkata Presiden Donald Trump kekal bertegas untuk memastikan Iran tidak memiliki senjata nuklear. Katanya, Washington masih membuka ruang rundingan dengan Tehran sekiranya Iran bersedia kembali ke meja…
Read MoreKeadaan dunia semakin meruncing
NEW YORK – Keadaan dunia semakin meruncing apabila konflik bersenjata semakin banyak dan kompleks, manakala perpecahan geopolitik dalam kalangan kuasa besar menyebabkan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), gagal berfungsi secara berkesan. Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, berkata, penglibatan kuasa besar dan anggota tetap Majlis Keselamatan dalam beberapa konflik utama dunia telah mewujudkan krisis yang disertai pelanggaran berterusan undang-undang antarabangsa. Dalam temu bual menjelang ucapan terakhirnya sebagai setiausaha agung pada Perhimpunan Agung PBB (UNGA), Guterres berkata keadaan itu mewujudkan budaya impuniti yang mendorong negara kuasa sederhana bertindak tanpa menghiraukan akibat…
Read More