Itali mahu haramkan burqa di sekolah

ROM – Itali akan mengharamkan pemakaian burqa dan niqab di sekolah serta mengehadkan bilangan pelajar asing dalam setiap kelas, kata Perdana Menteri berhaluan kanan, Giorgia Meloni. Katanya, kerajaan bakal membentangkan satu langkah baharu dalam mesyuarat Kabinet bagi menetapkan secara sah jumlah maksimum pelajar asing yang dibenarkan dalam sesebuah kelas. Berucap di hadapan sayap pemuda parti Brothers of Italy (FdI) beliau berkata, langkah itu juga mewajibkan ibu bapa kepada pelajar asing yang menghadapi kesukaran serius untuk menyesuaikan diri dalam sistem persekolahan supaya mempelajari bahasa Itali. Cadangan memperketat penggunaan burqa di sekolah…

Read More