15,851 kes baharu Singapura

SINGAPURA 14 Mac – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 15,851 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini, menunjukkan peningkatan berbanding 9,701 yang direkodkan semalam. Daripada jumlah itu, sebanyak 15,686 adalah jangkitan tempatan dan 165  ‬kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan 964,329. Sebanyak 13,916 adalah kes Protokol 2 iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Ia melibatkan 130 kes import dan 13,786 jangkitan tempatan. Sebanyak 1,935‬‬ kes lagi disahkan menerusi ujian PCR di mana 1,900 adalah…

Read More

Thailand catat penurunan kes

BANGKOK 15 Mac – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 menunjukkan penurunan dengan merekodkan 19,742 berbanding 22,130 semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 3,226,697 kes. Kes kematian pula meningkat kepada 23,848 apabila 70 lagi meninggal dunia berbanding 69 orang semalam. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, kes yang direkodkan hari ini tidak termasuk 13,008 keputusan positif hasil ujian antigen dalam tempoh 24 jam yang jika digabungkan membawa kepada 32,750 kes. Daripada 19,742 kes melibatkan 19,636 kalangan penduduk awam, 54 penghuni penjara dan 52 kes import. Bangkok merekodkan 13 kematian baharu,  Pathum Thani (4), Samut…

Read More

Bersama bina Johor makmur

JOHOR BAHRU 15 Mac – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Hasni Mohammad mengajak semua Bangsa Johor supaya bersama-sama membina negeri ini yang lebih makmur. Hasni yang juga Pengerusi UMNO Johor, mengucapkan tahniah kepada Onn Hafiz Ghazi atas pelantikannya sebagai Menteri Besar Johor ke-19. “Seperti yang saya telah nyatakan, tiada ideologi politik, ahli politik dan parti politik yang lebih besar, lebih penting dan lebih utama daripada Johor Darul Ta’zim. “Kini masa untuk kita bersama-sama membina Johor yang lebih makmur. Insya-Allah di bawah kepimpinan baharu, Negeri Johor yang kita cintai ini akan…

Read More

6 DUN mahu habiskan penggal

SEREMBAN 15 Mac – Jika Parlimen dibubar dalam masa terdekat bagi memberi laluan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan, enam negeri termasuk Negeri Sembilan dijangka tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing. Menteri Besar Aminuddin Harun berkata Negeri Sembilan hanya akan membubarkan DUN selepas tempoh penggal berakhir tahun depan dan perkara itu sudah dibincangkan ketika Mesyuarat Majlis Raja-Raja baru-baru ini. “Kita dah bincang dengan beberapa negeri dalam mesyuarat itu di ibu negara baru-baru ini, ada enam negeri termasuk Negeri Sembilan. Keenam-enam negeri mengatakan mereka mungkin akan (menanti hingga) ke akhir tempoh…

Read More

Onn Hafiz hargai Hasni

JOHOR BAHRU 15 Mac – Menteri Besar Johor ke-19,  Onn Hafiz Ghazi menghargai pengorbanan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Hasni Mohammad yang memberi ruang dan laluan kepada orang muda bagi memimpin Johor. Beliau juga mendedikasikan penghargaan khas kepada mantan Menteri Besar itu atas segala pengorbanan, komitmen, bantuan dan daya kepemimpinan Hasni yang juga Pengerusi UMNO Johor, bagi menstabilkan Johor yang disayangi. “Langkah Datuk Seri Hasni itu bukan sahaja menunjukkan betapa besarnya hati dan jiwa negarawan beliau, tetapi juga membuktikan bahawa beliau meyakini peranan dan kemampuan orang muda dalam mengemudi Johor.…

Read More

Onn Hafiz sah MB Johor ke-19

JOHOR BAHRU 15 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri Machap Onn Hafiz Ghazi sah dilantik menjadi Menteri Besar Johor ke-19. Beliau menerima surat tauliah pelantikan dan melafazkan sumpah menyandang jawatan dalam Istiadat Penyerahan Surat Tauliah dan Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar Johor di Balai Menghadap Istana Bukit Serene, di sini. Cicit kepada Pengasas dan Presiden UMNO,  Onn Jaafar, itu kemudiannya mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, kira-kira pukul 3 petang. Istiadat berkenaan turut dihadiri Pengerusi UMNO Johor, Hasni Mohammad, Menteri Besar ke-18 yang mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri…

Read More

2,553 kes baharu Covid-19

BERAKAS 15 Mac – Brunei Darussalam merekodkan satu lagi kematian hari ini, yang dikategorikan sebagai meninggal dunia disebabkan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 84 orang. Menteri Kesihatan Dr Md Isham Jaafar pada sidang media Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di sini hari ini berkata, ketika ini terdapat 18 kes Kategori 4 memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi. Manakala enam kes kekal pada Kategori 5, yang memerlukan bantuan mesin pernafasan dan dirawat di Unit Rawatan Intensif. Menurut Dr Md Isham,  sebanyak 2,553 kes baharu dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan meningkat…

Read More

33.2 peratus kanak-kanak ambil vaksin

PUTRAJAYA 15 Mac – Seramai 1,180,323 atau 33.2 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun sudah menerima dos pertama vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids). Berdasarkan laman web COVIDNOW, semalam sebanyak 12,826 kanak-kanak tampil mendapatkan dos berkenaan. Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2,838,292 individu atau 91.2 peratus melengkapkan vaksinasi Covid-19, setakat semalam dan 2,938,106 lagi atau 94.4 peratus sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos. Bagi populasi dewasa pula, seramai 35,247 mendapatkan dos penggalak semalam menjadikan 15,317,615 individu atau 65.1 peratus sudah menerima dos…

Read More

PAU : PRU-15 atau tunggu dulu!

ADAKAH desakan bubar Parlimen, adakan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 akan bergema di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) minggu ini? Jika ada desakan, adakah ia akan diterima, ‘dibahas’, dipertimbangkan atau tunggu dulu! Walaupun tidak ada agenda khusus berkaitan PRU, jurucakap parti sedikit sebanyak dijangka menyentuh isu ini. Jika PAU mahu PRU ditangguhkan dahulu dengan syarat tidak ‘diganggu gugat’ mungkinkah akan ada ada usul menyokong kepemimpinan Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri sehingga penggal Parlimen sekarang berakhir? Adakah PAU akan meletakkan Ismail Sabri dalam keadaan tertekan? Melewatkan PRU dikatakan mahu mengekalkan kuasa…

Read More

22,030 lagi kes positif baharu

PUTRAJAYA 15 Mac – Malaysia mencatatkan sebanyak 22,030 lagi kes positif baharu Covid-19 setakat tengah malam tadi, berkurangan berbanding 22,535 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 3,845,601. Sebanyak 21,636 kes adalah penularan tempatan manakala 394 kes import. Pada masa sama, Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan sebanyak 33,872 kes sembuh semalam, menyumbang kepada sejumlah 3,502,760 yang pulih daripada jangkitan Covid-19 ketika ini. Sementara itu, sebanyak 308,942 kes aktif sehingga semalam. Sebahagian besar daripadanya menjalani isolasi di rumah, membabitkan seramai 298,123 individu. Seramai 2,031 pesakit kini dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko…

Read More