22,030 lagi kes positif baharu

PUTRAJAYA 15 Mac – Malaysia mencatatkan sebanyak 22,030 lagi kes positif baharu Covid-19 setakat tengah malam tadi, berkurangan berbanding 22,535 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 3,845,601.

Sebanyak 21,636 kes adalah penularan tempatan manakala 394 kes import.

Pada masa sama, Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan sebanyak 33,872 kes sembuh semalam, menyumbang kepada sejumlah 3,502,760 yang pulih daripada jangkitan Covid-19 ketika ini.

Sementara itu, sebanyak 308,942 kes aktif sehingga semalam.

Sebahagian besar daripadanya menjalani isolasi di rumah, membabitkan seramai 298,123 individu.

Seramai 2,031 pesakit kini dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) manakala 8,400 pesakit menjalani rawatan di hospital.

Daripada 1,521 kes Covid-19 dimasukkan ke hospital 634 kes (41.7 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 887 kes (58.3 peratus) adalah kategori 1 dan 2.

Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 388 kes (169 kes disahkan Covid-19; 219 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

Bagi kes memerlukan bantuan pernafasan pula adalah 215 kes (97 kes disahkan Covid-19; 118 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

Daripada 22,030 kes harian yang dilaporkan pada 14 Mac 2022:

  • Kategori 1: 8,616 kes (39.11%);
  • Kategori 2: 13,188 kes (59.86%);
  • Kategori 3: 71 kes (0.32%);
  • Kategori 4: 61 kes (0.28%); dan
  • Kategori 5: 94 kes (0.43%).

Daripada 226 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 14 Mac 2022:

  • 52 kes (23.00%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
  • 111 kes (49.12%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
  • 63 kes (27.88%) telah menerima dos penggalak (booster);
  • 144 kes (63.72%) berumur 60 tahun dan ke atas dan;
  • 64 kes (28.32%) mempunyai komorbid.

KLUSTER COVID-19

  • Jumlah kluster: 6,883 kluster;
  • Jumlah kluster baharu: 2 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat: 6,506 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif: 377 kluster.

Related posts

Leave a Comment