15,851 kes baharu Singapura

SINGAPURA 14 Mac – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 15,851 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini, menunjukkan peningkatan berbanding 9,701 yang direkodkan semalam.

Daripada jumlah itu, sebanyak 15,686 adalah jangkitan tempatan dan 165  ‬kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan 964,329.

Sebanyak 13,916 adalah kes Protokol 2 iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Ia melibatkan 130 kes import dan 13,786 jangkitan tempatan.

Sebanyak 1,935‬‬ kes lagi disahkan menerusi ujian PCR di mana 1,900 adalah jangkitan tempatan manakala 35 adalah kes import.

Sementara itu, mengenai kadar vaksinasi, setakat semalam, sebanyak 95 peratus penduduk Singapura yang layak sudah melengkapkan vaksinasi mereka di bawah program vaksinasi nasional.

Related posts

Leave a Comment