33.2 peratus kanak-kanak ambil vaksin

PUTRAJAYA 15 Mac – Seramai 1,180,323 atau 33.2 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun sudah menerima dos pertama vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

Berdasarkan laman web COVIDNOW, semalam sebanyak 12,826 kanak-kanak tampil mendapatkan dos berkenaan.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2,838,292 individu atau 91.2 peratus melengkapkan vaksinasi Covid-19, setakat semalam dan 2,938,106 lagi atau 94.4 peratus sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi dewasa pula, seramai 35,247 mendapatkan dos penggalak semalam menjadikan 15,317,615 individu atau 65.1 peratus sudah menerima dos itu.

Sebanyak 22,936,715 individu atau 97.5 peratus daripada populasi sama sudah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 23,213,016 individu atau 98.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Vaksinasi harian semalam, selain dos penggalak, sebanyak 14,496 dos pertama dan 2,055 dos kedua diberikan menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 68,214,783.

Related posts

Leave a Comment