Thailand catat penurunan kes

BANGKOK 15 Mac – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 menunjukkan penurunan dengan merekodkan 19,742 berbanding 22,130 semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 3,226,697 kes.

Kes kematian pula meningkat kepada 23,848 apabila 70 lagi meninggal dunia berbanding 69 orang semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan Awam, kes yang direkodkan hari ini tidak termasuk 13,008 keputusan positif hasil ujian antigen dalam tempoh 24 jam yang jika digabungkan membawa kepada 32,750 kes.

Daripada 19,742 kes melibatkan 19,636 kalangan penduduk awam, 54 penghuni penjara dan 52 kes import.

Bangkok merekodkan 13 kematian baharu,  Pathum Thani (4), Samut Prakan (3), Samut Sakhon (3), Nakhon Pathom (2), Chon Buri (7), Ratchaburi (2), Lop Buri (2), Rayong (2), Sing Buri (1), Samut Songkhram (1), Prachin Buri (1) dan Kanchanaburi (1).

Di Timur Laut terdapat sembilan kes iaitu Ubon Ratchathani (3), Buri Ram (2), dan setiap satu di Nakhon Ratchasima, Roi Et, Khon Kaen dan Sakon Nakhon.

Di Selatan, melibatkan Phuket (4), Pattani (3), Krabi (3), Phatthalung (2), Nakhon Si Thammarat (1) dan Narathiwat (1) manakala di Utara, Chiang Rai (2), Tak (1), Phrae (1) dan Phitsanulok (1).

Kes sembuh pula sebanyak 24,125 orang menjadikan jumlah keseluruhan 2,981,413 manakala 221,436 menerima rawatan.

Sementara itu Bangkok merekodkan kes tertinggi iaitu 2,904, Nakhon Si Thammarat 1,235, Chon Buri 888,  Samut Prakan 814, Samut Sakhon 593, Ayutthaya 574, Nakhon Ratchasima 569, Nonthaburi 541, Nakhon Pathom 464 dan Pathum Thani 446.

Sebanyak 52 kes import pula melibatkan 23 negara termasuk tujuh dari Jerman, enam dari Kemboja dan Perancis, lima masing-masing dari Switzerland dan United Kingdom serta tiga dari Rusia.

Related posts

Leave a Comment