Arab Saudi kekal bawah 1,000 kes

RIYADH 27 Feb. – Arab Saudi terus merekodkan angka di bawah 1,000 apabila mencatatkan 632 kes baharu Covid-19 dengan dua kematian dalam tempoh 24 jam. Menurut Kementerian Kesihatan, setakat ini 744,374 kes Covid-19 direkodkan manakala jumlah keseluruhan kematian pula 8,996 orang sejak pandemik bermula . Pada 19 Januari, Arab Saudi merekodkan 5,928 kes dan selepas itu menunjukkan penurunan di bawah 1,000 kes sehingga sekarang. Dalam tempoh yang sama juga sebanyak 995 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 722,468 orang pulih dari jangkitan. Sementara itu dalam kalangan kes aktif…

Read More

Penurunan kes harian di Thailand

BANGKOK 27 Feb. – Thailand melaporkan 24,719 kes baharu Covid-19 dan 42 meninggal dunia dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 2,869,616 dan 22,891 kematian. Jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding 25,615 kes semalam tetapi kematian bertambah dua orang berbanding 40 semalam. Daripada jumlah itu, sebanyak 24,599 adalah kes tempatan dan 120 kes import. Semalam, sebanyak 16,875 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan 2,637,879 orang pulih. Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) merekodkan Bangkok mencatatkan 2,645 kes diikuti Chon Buri dan Samut Prakan dengan…

Read More

Kes baharu Malaysia 27,299

PUTRAJAYA 27 Feb. – Sebanyak 27,299 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam menjadikan jumlah kumulatif kes kini meningkat kepada 3,395,170 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Daripada jumlah katanya, sebanyak 27,043 kes adalah penularan tempatan dan 256 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Beliau berkata, majoriti kes iaitu 18,324 kes atau 67.12 peratus kes adalah pesakit kategori dua dengan gejala; 8,846 kes (32.41 peratus) kategori satu iaitu tidak bergejala, kategori tiga (62 kes), kategori empat (33 kes) dan kategori lima (34 kes). Daripada pesakit dalam kategori tiga…

Read More

Restoran nasi kandar di Tokyo

TOKYO: Restoran nasi kandar di Jepun yang dikatakan pertama dibuka 24 Januari lalu mendapat sambutan yang baik daripada para pelanggan. Restoran ini dibuka oleh seorang warga Jepun yang hanya dikenali sebagai Tateda, yang tertarik dengan masakan itu selepas berkunjung ke Malaysia. Di Restoran “Zero Two Nasi Kandar Tokyo”, hidangan utama yang disajikan adalah sepinggan nasi kandar yang dihidangkan dengan enam pilihan kari berbeza dan lauk pauk seperti telur rebus, ayam goreng, udang goreng, sotong dan daging kambing. Hidangan itu juga disajikan pada pinggan plastik berwarna terang yang dilapikkan dengan daun…

Read More

Kadar kebolehjangkitan turun lagi

PUTRAJAYA 27 Feb. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian di negara ini turun lagi semalam, kali ini 1.08 berbanding 1.11 yang direkodkan kelmarin. Perak kekal mencatatkan kadar Rt paling tinggi berbanding negeri-negeri lain iaitu 1.34 berbanding 1.38 kelmarin dan Wilayah Persekutuan Labuan 1.31 berbanding 1.36 kelmarin. Ini diikuti Sarawak yang kekal dengan 1.26, Terengganu 1.22, manakala Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Perlis masing-masing 1.19, diikuti Pahang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masing-masing 1.18. Kedah dan Selangor masing-masing 1.14 manakala Kelantan dan Sabah masing-masing 1.11. Negeri…

Read More

94% katil ICU Kelantan diisi

PUTRAJAYA 27 Feb. – Penggunaan katil bagi kes kritikal Covid-19 di unit rawatan rapi (ICU) di Kelantan terus meningkat kepada 94 peratus berbanding 92 peratus semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata sebanyak 36 katil diperuntukkan bagi pesakit di ICU dan daripada jumlah itu 34 daripadanya sudah diisi. Empat negeri lagi turut menunjukkan pengisian melebihi 50 peratus iaitu Melaka 71 peratus, Johor (67 peratus), Kuala Lumpur (58 peratus) dan Putrajaya (50 peratus). Bagi penggunaan katil bukan ICU pula, Kelantan kekal mencatatkan peratusan tertinggi dengan penggunaan katil…

Read More

Lagi 53,080 kanak-kanak ambil vaksin

PUTRAJAYA 26 Feb. – Sebanyak 62,840 individu atau 61.7 peratus populasi dewasa di negara ini telah menerima dos penggalak semalam menjadikan jumlah keseluruhan kini meningkat kepada 14,517,869. Pada masa yang sama, sebanyak 97.5 peratus atau 22,948,037 daripada populasi dewasa melengkapkan vaksinasi mereka setakat semalam manakala 98.7 peratus atau 23,227,580 mendapat sekurang-kurangnya satu dos. Menurut data menerusi laman web COVIDNOW, sebanyak 53,080 lagi kanak-kanak mendapatkan vaksin semalam menjadikan 805,676 atau 22.7 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun menerima dos pertama vaksin Covid-19. Sebanyak 90 peratus remaja (12 hingga 17…

Read More

43 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 27 Feb. – Kementerian Kesihatan melaporkan 43 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan kematian 32,634 orang, daripada 3.37 juta kes positif yang dikesan. Menurut data di portal COVIDNOW, 13 daripada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID). Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa. Sementara itu, terdapat 298,976 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan…

Read More