Kelantan paling rendah ambil penggalak

PUTRAJAYA 28 Feb. – Kelantan menjadi negeri paling rendah mendapatkan dos penggalak iaitu sekitar 27.7 peratus daripada jumlah keseluruhan populasi golongan dewasa di negeri berkenaan, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. Beliau berkata, perkara itu merunsingkan pihaknya terutamanya apabila Unit Rawatan Rapi (ICU) di negeri berkenaan semakin penuh. “Loloni Kelate paling rendah skali ambik booster (Sekarang Kelantan paling rendah ambil dos penggalak). “Ambo (saya) runsing, ICU sana koho penuh (ICU sana semakin penuh). Ambo mitok sangat puok kita di Kelate pakat cocok vaksin & booster (Saya minta sangat rakyat Kelantan pergi…

Read More

Solat benteng kemungkaran

BANDAR SERI BEGAWAN 28 Feb. – Peristiwa Israk dan Mikraj adalah kejadian luar biasa yang membawa kepada perintah mendirikan solat yang menjadi ibadat utama dalam kehidupan umat Islam. Sultan Brunei Darussalam, Sultan Haji Hassanal Bolkiah bertitah, matlamat utama peristiwa ini adalah untuk menerima sembahyang lima waktu daripada Allah. Tegas baginda, perintah sembahyang disyariatkan secara langsung oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW tanpa sebarang perantaraan dan inilah kehebatan dan keistimewaan solat itu. “Tidak syak lagi, sembahyang adalah tali penghubung di antara Al-Khaliq dan hamba-Nya. Maka akan kuatlah hubungan itu dengan…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 1.05

PUTRAJAYA 28 Feb. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian di negara ini turun lagi semalam, iaitu 1.05 berbanding 1.08  kelmarin. Perak terus kekal mencatatkan kadar Rt paling tinggi berbanding negeri-negeri lain iaitu 1.32 berbanding 1.34 kelmarin. Ini diikuti Wilayah Persekutuan Labuan dengan 1.27, Sarawak 1.24, Terengganu 1.22, Perlis 1.21, Negeri Sembilan 1.17, Pahang 1.15 manakala Selangor, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masing-masing 1.13 dan Kedah 1.11. Wilayah Persekutuan Putrajaya, Melaka dan Kelantan masing-masing mencatatkan 1.08, Sabah 1.07 dan Johor menjadi satu-satunya negeri yang…

Read More

99.57 peratus kes kategori 1 & 2

PUTRAJAYA 28 Feb – Sebanyak 24,466 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam dengan 99.57 peratus atau 24,361 kes adalah dalam kalangan pesakit kategori satu dan dua iaitu tidak bergejala dan bergejala ringan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti virus berkenaan meningkat kepada 3,419,636 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sebanyak 0.43 peratus lagi bersamaan 105 kes adalah pesakit kategori tiga hingga lima iaitu mempunyai radang paru-paru, memerlukan alat bantuan pernafasan dan kritikal. Secara keseluruhannya, jika mengikut pecahan, paling tinggi adalah dalam kalangan pesakit kategori dua iaitu sebanyak 15,657…

Read More

14.57 juta terima dos penggalak

PUTRAJAYA 28 Feb. – Sebanyak 40,588 lagi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun menerima dos pertama vaksin Covid-19 semalam menjadikan jumlah keseluruhan penerima meningkat kepada 846,486 orang. Menurut data menerusi laman web COVIDNOW, sebanyak 58,455 lagi dos penggalak diberikan semalam menjadikan jumlah keseluruhan penerima dos ketiga itu sebanyak 14,578,408 atau 44.6 peratus daripada keseluruhan penduduk. Setakat semalam, sebanyak 97.5 peratus atau 22,948,424 daripada populasi dewasa melengkapkan vaksinasi manakala 98.7 peratus atau 23,228,204 mendapat sekurang-kurangnya satu dos. Sebanyak 90 peratus remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun atau 2,800,661 melengkapkan vaksinasi…

Read More

40 kematian baharu di Malaysia

PUTRAJAYA 28 Feb. – Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan 40 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 32,674 orang, daripada 3.4 juta kes positif yang dikesan di negara ini. Menurut data di portal COVIDNOW, 17 daripada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID). Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa. Sementara itu, terdapat 300,692 kes aktif Covid-19 di…

Read More

28,304 kes aktif di Brunei Darussalam

BERAKAS 27 Feb. – Empat lagi kematian direkodkan hari ini tetapi tiga daripadanya tidak dikaitkan dengan jangkitan Covid-19 manakala satu lagi masih dalam siasatan dan ini bermakna jumlah kematian masih 65 orang. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak sembilan kes dalam kategori 4 yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah rawatan rapi dilaporkan hari ini. Enam kes lagi dalam kategori 5 yang memerlukan bantuan mesin pernafasan dan sedang dirawat di Unit Rawatan Intensif. Kadar penggunaan katil di kesemua Pusat Pengasingan atau ‘bed occupancy rate’ pada masa ini ialah sebanyak 12 peratus. Sebanyak…

Read More

Kes harian di Filipina turun

MANILA 27 Feb. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 1,038 kes baharu Covid-19 hari ini, satu jumlah yang menunjukkan sedikit penurunan berbanding 1,223 yang dilaporkan semalam. Sehingga pukul 4 petang ini, jumlah keseluruhan kes yang dicatatkan sejak pandemik dikesan adalah sebanyak 3,661,049. Dalam tempoh yang sama, sebanyak 51 lagi individu dilaporkan meninggal dunia menjadikan jumlah kumulatif kematian setakat ini 56,401 orang. Sementara itu, jumlah pesakit sembuh mengatasi kes positif apabila 1,999 orang dilaporkan pulih menjadikan jumlah keseluruhan 3,551,687 orang atau 97.0 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. DoH juga menjelaskan, daripada 1,038…

Read More