43 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 27 Feb. – Kementerian Kesihatan melaporkan 43 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan kematian 32,634 orang, daripada 3.37 juta kes positif yang dikesan.

Menurut data di portal COVIDNOW, 13 daripada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 298,976 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 286,959 individu atau 96 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 3,758 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 7,911 dirawat di hospital dan 348 di unit rawatan rapi (ICU) di mana 145 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 203 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment