Lagi 53,080 kanak-kanak ambil vaksin

PUTRAJAYA 26 Feb. – Sebanyak 62,840 individu atau 61.7 peratus populasi dewasa di negara ini telah menerima dos penggalak semalam menjadikan jumlah keseluruhan kini meningkat kepada 14,517,869.

Pada masa yang sama, sebanyak 97.5 peratus atau 22,948,037 daripada populasi dewasa melengkapkan vaksinasi mereka setakat semalam manakala 98.7 peratus atau 23,227,580 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Menurut data menerusi laman web COVIDNOW, sebanyak 53,080 lagi kanak-kanak mendapatkan vaksin semalam menjadikan 805,676 atau 22.7 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun menerima dos pertama vaksin Covid-19.

Sebanyak 90 peratus remaja (12 hingga 17 tahun) atau 2,800,421 melengkapkan vaksinasi termasuk 264 semalam manakala 1,248 lagi mengambil dos pertama menjadikan jumlah 2,893,860 atau 93.0 peratus menerima satu dos.

Bagi populasi keseluruhan, setakat semalam sebanyak 78.8 peratus atau 25,748,458 melengkapkan vaksinasi mereka dan 26,927,116 atau 82.4 peratus mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Vaksinasi harian semalam menyaksikan 118,275 dos vaksin diberikan meliputi 54,858

dos pertama, dan 577  dos kedua dan 62,840 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan setakat ini sebanyak 66,986,213.

Related posts

Leave a Comment