Penurunan kes harian di Thailand

BANGKOK 27 Feb. – Thailand melaporkan 24,719 kes baharu Covid-19 dan 42 meninggal dunia dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 2,869,616 dan 22,891 kematian.

Jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding 25,615 kes semalam tetapi kematian bertambah dua orang berbanding 40 semalam.

Daripada jumlah itu, sebanyak 24,599 adalah kes tempatan dan 120 kes import.

Semalam, sebanyak 16,875 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan 2,637,879 orang pulih.

Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) merekodkan Bangkok mencatatkan 2,645 kes diikuti Chon Buri dan Samut Prakan dengan 1,434, Samut Prakan 1,068, Nakhon Si Thammarat 1,011 dan  Nakhon Ratchasima 882.

Sebanyak 120  kes import pula termasuk  dari Russia dan Jerman.

Semalam sebanyak 208,846 orang menerima rawatan Covid-19 hospital termasuk  955 dalam keadaan kritikal dan 268 bergantung kepada ventilator.

Related posts

Leave a Comment