Kadar kebolehjangkitan turun lagi

PUTRAJAYA 27 Feb. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian di negara ini turun lagi semalam, kali ini 1.08 berbanding 1.11 yang direkodkan kelmarin.

Perak kekal mencatatkan kadar Rt paling tinggi berbanding negeri-negeri lain iaitu 1.34 berbanding 1.38 kelmarin dan Wilayah Persekutuan Labuan 1.31 berbanding 1.36 kelmarin.

Ini diikuti Sarawak yang kekal dengan 1.26, Terengganu 1.22, manakala Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Perlis masing-masing 1.19, diikuti Pahang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masing-masing 1.18.

Kedah dan Selangor masing-masing 1.14 manakala Kelantan dan Sabah masing-masing 1.11.

Negeri yang berada di bawah kadar 1.08 adalah Wilayah Persekutuan Putrajaya 1.06, Melaka 1.05 dan Johor 1.01.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment