Arab Saudi kekal bawah 1,000 kes

RIYADH 27 Feb. – Arab Saudi terus merekodkan angka di bawah 1,000 apabila mencatatkan 632 kes baharu Covid-19 dengan dua kematian dalam tempoh 24 jam.

Menurut Kementerian Kesihatan, setakat ini 744,374 kes Covid-19 direkodkan manakala jumlah keseluruhan kematian pula 8,996 orang sejak pandemik bermula .

Pada 19 Januari, Arab Saudi merekodkan 5,928 kes dan selepas itu menunjukkan penurunan di bawah 1,000 kes sehingga sekarang.

Dalam tempoh yang sama juga sebanyak 995 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 722,468 orang pulih dari jangkitan.

Sementara itu dalam kalangan kes aktif pula, sebanyak 609 dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Mengenai vaksinasi, sebanyak 60,884,285 dos telah diberikan kepada penduduk

Related posts

Leave a Comment