Restoran nasi kandar di Tokyo

TOKYO: Restoran nasi kandar di Jepun yang dikatakan pertama dibuka 24 Januari lalu mendapat sambutan yang baik daripada para pelanggan.

Restoran ini dibuka oleh seorang warga Jepun yang hanya dikenali sebagai Tateda, yang tertarik dengan masakan itu selepas berkunjung ke Malaysia.

Di Restoran “Zero Two Nasi Kandar Tokyo”, hidangan utama yang disajikan adalah sepinggan nasi kandar yang dihidangkan dengan enam pilihan kari berbeza dan lauk pauk seperti telur rebus, ayam goreng, udang goreng, sotong dan daging kambing.

Hidangan itu juga disajikan pada pinggan plastik berwarna terang yang dilapikkan dengan daun pisang, seperti mana nasi kandar biasa disajikan di Malaysia.

Sehubungan itu, sekitaran restoran itu turut dihiasi dengan lukisan yang menerapkan estetika Malaysia pada dindingnya.

Ternyata, hidangan nasi kandar di restoran itu popular dalam kalangan penduduk Jepun di sana kerana ia kerap kali habis sebelum tamat waktu perniagaan.

Restoran menu halal dan vegetarian ini terletak di Otemachi-Grandcube1F 105,1-9-2,Otemachi,Chiyoda-ku,Tokyo

Related posts

Leave a Comment