14.57 juta terima dos penggalak

PUTRAJAYA 28 Feb. – Sebanyak 40,588 lagi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun menerima dos pertama vaksin Covid-19 semalam menjadikan jumlah keseluruhan penerima meningkat kepada 846,486 orang.

Menurut data menerusi laman web COVIDNOW, sebanyak 58,455 lagi dos penggalak diberikan semalam menjadikan jumlah keseluruhan penerima dos ketiga itu sebanyak 14,578,408 atau 44.6 peratus daripada keseluruhan penduduk.

Setakat semalam, sebanyak 97.5 peratus atau 22,948,424 daripada populasi dewasa melengkapkan vaksinasi manakala 98.7 peratus atau 23,228,204 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Sebanyak 90 peratus remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun atau 2,800,661 melengkapkan vaksinasi mereka apabila 209 lagi mendapatkan dos kedua semalam manakala 1,021 lagi mendapat dos pertama menjadi kumulatif 2,894,898.

Bagi populasi keseluruhan, setakat semalam sebanyak 78.8 peratus atau 25,749,085 melengkapkan vaksinasi mereka dan 82.5 peratus atau 26,969,588 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Vaksinasi harian semalam menyaksikan 101,136 dos vaksin diberikan meliputi 42,114 dos pertama, 537 dos kedua dan 58,455 dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan setakat ini sebanyak 67,089,834.

Related posts

Leave a Comment