40 kematian baharu di Malaysia

PUTRAJAYA 28 Feb. – Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan 40 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 32,674 orang, daripada 3.4 juta kes positif yang dikesan di negara ini.

Menurut data di portal COVIDNOW, 17 daripada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 300,692 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada

jumlah itu, 288,980 individu atau 96.1 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 3,495 orang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 7,864 kes di hospital dan 353 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) di mana 160 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 193 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment