28,304 kes aktif di Brunei Darussalam

BERAKAS 27 Feb. – Empat lagi kematian direkodkan hari ini tetapi tiga daripadanya tidak dikaitkan dengan jangkitan Covid-19 manakala satu lagi masih dalam siasatan dan ini bermakna jumlah kematian masih 65 orang.

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak sembilan kes dalam kategori 4 yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah rawatan rapi dilaporkan hari ini.

Enam kes lagi dalam kategori 5 yang memerlukan bantuan mesin pernafasan dan sedang dirawat di Unit Rawatan Intensif.

Kadar penggunaan katil di kesemua Pusat Pengasingan atau ‘bed occupancy rate’ pada masa ini ialah sebanyak 12 peratus.

Sebanyak 3,962 kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah keseluruhan setakat ini 59,447 kes.

Daripada 3,962 kes baharu itu, sebanyak 789 kes adalah hasil ujian makmal RT-PCR yang dilakukan dalam masa 24 jam yang lalu manakala 3,173 kes lagi hasil Ujian Pantas Antigen (ART).

Sebanyak 3,945 kes dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh meningkat kepada 31,022 manakala 28,304 adalah kes aktif.

Related posts

Leave a Comment