Kes harian di Filipina turun

MANILA 27 Feb. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 1,038 kes baharu Covid-19 hari ini, satu jumlah yang menunjukkan sedikit penurunan berbanding 1,223 yang dilaporkan semalam.

Sehingga pukul 4 petang ini, jumlah keseluruhan kes yang dicatatkan sejak pandemik dikesan adalah sebanyak 3,661,049.

Dalam tempoh yang sama, sebanyak 51 lagi individu dilaporkan meninggal dunia menjadikan jumlah kumulatif kematian setakat ini 56,401 orang.

Sementara itu, jumlah pesakit sembuh mengatasi kes positif apabila 1,999 orang dilaporkan pulih menjadikan jumlah keseluruhan 3,551,687 orang atau 97.0 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

DoH juga menjelaskan, daripada 1,038 kes yang dilaporkan hari ini, 1,015 (98%) berlaku dalam tempoh 14 hari terakhir (14 Februari – 27 Februari 2022).

Related posts

Leave a Comment