Kadar kebolehjangkitan 1.05

PUTRAJAYA 28 Feb. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian di negara ini turun lagi semalam, iaitu 1.05 berbanding 1.08  kelmarin.

Perak terus kekal mencatatkan kadar Rt paling tinggi berbanding negeri-negeri lain iaitu 1.32 berbanding 1.34 kelmarin.

Ini diikuti Wilayah Persekutuan Labuan dengan 1.27, Sarawak 1.24, Terengganu 1.22, Perlis 1.21, Negeri Sembilan 1.17, Pahang 1.15 manakala Selangor, Pulau Pinang dan

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masing-masing 1.13 dan Kedah 1.11.

Wilayah Persekutuan Putrajaya, Melaka dan Kelantan masing-masing mencatatkan 1.08, Sabah 1.07 dan Johor menjadi satu-satunya negeri yang mencatatkan kadar di bawah 1.05 iaitu 1.00.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment