Tuanku Muhriz batal lantikan Exco Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR 20 Sept.  – Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir membatalkan pelantikan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO) berkuat kuasa serta-merta. Menurut kenyataan dikeluarkan Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan, Datuk Azizi Mohamad Ali, malam ini, keputusan itu dibuat selepas mendapati kesemua EXCO terbabit memungkiri sumpah jawatan mereka. Beliau berkata, menurut Perkara XXXVIII(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959, seseorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri memegang jawatannya selagi diperkenan Yang di-Pertuan Besar. Ahli-ahli berkenaan masing-masing mengangkat sumpah dan menandatangani ikrar taat setia pada 7 Ogos lalu sebelum…

Read More

PM jumpa Loke dalam masa terdekat

SHAH ALAM 20 Sept. – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dijangka mengadakan pertemuan dengan Anthony Loke Siew Fook, dalam masa terdekat susulan keputusan Setiausaha Agung DAP itu untuk meletak jawatan sebagai Menteri Pengangkutan. Anwar berkata, pertemuan berkenaan akan diadakan sebaik sahaja Loke selesai menjalankan urusannya di Shanghai. “Hari esok kalau saya tidak salah beliau akan ke Shanghai. Saya pula akan ke sana pada Selasa selepas perbincangan dengan Premier China, Li Qiang,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Hi-Tea Reunion Perintis Reformis Bersama di Pusat Dagangan Antarabangsa Selangor (SITC), di sini hari…

Read More

Najib zahir penghargaan, tersentuh sokongan

SEPANG 20 Sept . –  Najib Razak tidak mahu sesiapa pun, sama ada parti, ahli, penyokongnya serta orang ramai berasa terbeban atau terikat dengan kewajipan terhadap beliau, termasuk bantuan kewangan bagi pembayaran denda RM50 juta sebagai syarat untuk menjalani baki hukuman secara tahanan rumah. Firma guaman, Tetuan Shafee & Co yang mewakili bekas Perdana Menteri itu, memaklumkan Najib amat tersentuh dengan limpahan sokongan yang diterima sejak pengumuman keputusan Lembaga Pengampunan itu dikeluarkan pada Jumaat lalu. Bekas Presiden UMNO itu turut menzahirkan penghargaan ke atas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim atas…

Read More

Jerebu: IPU tidak sihat di 21 kawasan

PUTRAJAYA 20 Sept. – Setakat pukul 8 pagi ini, sebanyak 21 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat. Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), tiga kawasan di Sarawak mencatatkan IPU tertinggi iaitu di IPD Serian (182), Samarahan (168) dan Sri Aman (164). Di Johor, dua kawasan merekodkan IPU tidak sihat iaitu Larkin (162) dan Pasir Gudang (155) manakala Putrajaya, Nilai, Negeri Sembilan dan Batu Pahat, Johor mencatatkan bacaan IPU 154. Di Selangor, dua kawasan di Shah Alam (153) dan Johan…

Read More

Langkah Australia bertaraf dunia – Apple

SYDNEY – Langkah Australia memperkenalkan sekatan dan kawalan terhadap penggunaan media sosial disifatkan sebagai “bertaraf dunia”, kata Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese. Menurut Albanese, pandangan itu dibuat Pengerusi Eksekutif Apple, Tim Cook selepas mengadakan pertemuan dengan beliau di ibu pejabat syarikat teknologi itu di Amerika Syarikat. Katanya, Cook meluangkan masa yang panjang untuk berbincang mengenai pelbagai isu, termasuk usaha Australia meningkatkan keselamatan pengguna dalam talian. “Tim Cook melihat usaha yang telah kami laksanakan berkaitan media sosial sebagai bertaraf dunia,” kata Albanese ketika berucap dari Apple Park di California, yang disiarkan…

Read More

Arab Saudi pintas peluru berpandu Houthi

ISTANBUL – Pasukan Pertahanan Udara Diraja Arab Saudi berjaya memintas dan memusnahkan peluru berpandu balistik Houthi yang menyasarkan ibu negara Riyadh pada awal Sabtu. Jurucakap pakatan pimpinan Arab Saudi di Yaman, Mejar Jeneral Turki Al-Maliki dalam kenyataan di platform media sosial AS, X berkata, pasukan pertahanan itu memintas peluru berpandu itu selepas dilancarkan kumpulan Houthi Yaman. Al-Maliki berkata, cubaan berterusan Houthi menyasarkan orang awam serta infrastruktur awam di Riyadh menunjukkan kedegilan kumpulan itu serta tindakan disengajakan dan sistematik yang mencerminkan corak tingkah laku bermusuhan dan bersifat keganasan. Katanya, kumpulan itu…

Read More