Terima kasih sokongan anda – Onn Hafiz

SEPANG – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menzahirkan penghargaan kepada seluruh Bangsa Johor atas sokongan yang diberikan kepada beliau dan pasukannya pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Johor Ke-16. Menerusi kenyataan ringkas di Facebooknya, beliau berkata, sokongan yang diterima menjadi pemangkin semangat untuk beliau bersama pasukan pentadbirannya terus berkhidmat dengan sepenuh hati demi kemajuan Johor. “Assalamualaikum WBT dan Salam Maju Johor seluruh Bangsa Johor yang dikasihi sekalian. Terima Kasih di atas sokongan anda. Ia adalah pemangkin semangat untuk saya dan pasukan saya untuk terus berkhidmat dengan…

Read More

Dendam rakyat Iran akan dilaksana

TEHRAN – Pemimpin tertinggi baharu Iran, Mojtaba Khamenei, hari ini berikrar akan membalas dendam terhadap Amerika Syarikat (AS) dan Israel susulan pembunuhan bapanya Ayatollah Ali Khamenei, yang juga bekas pemimpin tertinggi negara itu. Menerusi satu mesej bertulis, Mojtabai memaklumkan, dendam adalah kehendak rakyatnya dan ia pasti akan dilaksanakan. “Perkara ini tidak bergantung kepada kewujudan saya secara peribadi atau mana-mana pegawai lain. Sama ada kami masih berada di sini atau tidak, ia tetap akan berlaku,” katanya dalam mesej pertama sejak pengebumian bapanya minggu ini. Mojtaba yang tidak pernah muncul di khalayak…

Read More

Peningkatan suhu mendadak di Paris

PARIS – Susulan suhu yang meningkat mendadak, Menara Eiffel akan ditutup pada pukul 4 petang (1400 GMT) pada Sabtu dan Ahad berbanding waktu operasi biasa sehingga 12.45 tengah malam (2245 GMT) keesokan harinya. Muzium Louvre dan Muzium Orsay di Paris turut memendekkan waktu operasinya. Muzium Louvre akan ditutup pada 4 petang sehingga 13 Julai, manakala Muzium Orsay akan ditutup pada 5 petang (1500 GMT) sehingga 15 Julai. Menurut laporan media Perancis, kira-kira satu perempat daripada wilayah negara itu kini berada di bawah amaran merah susulan gelombang haba melampau. Meteo-France meramalkan…

Read More