Kes tertinggi Indonesia 57,049

JAKARTA 15 Feb. – Indonesia terus mencatatkan peningkatan kes baharu Covid-19 hari ini dengan merekodkan 57,049, kes harian tertinggi berbanding 36,501 kes yang dilaporkan semalam Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 56,267 adalah kes tempatan dan 782 kes import menjadikan jumlah keseluruhan 4,901,328. Lima provinsi merekodkan kes harian tertinggi iaitu Jawa Barat 14,058 diikuti Jakarta 9,482, Jawa Timur 7,528, Jawa Timur 7,528, Banten 6,509, Jawa Tengah 3,514. Sebanyak 26,747 pesakit sembuh menjadikan jumlah kumulatif 4,349,848 orang atau 86.7 peratus daripada keseluruhan kes dengan 406,025 kes aktif, bertambah 30,168 kes. DKI Jakarta…

Read More

Thailand catat 14,373 kes baharu

BANGKOK 15 Feb. – Thailand merekodkan 14,373 kes baharu Covid-19 hari ini dengan 27 kematian menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,622,600 kes manakala 22,489 orang meninggal dunia. Bagaimanapun jumlah kes harian yang dilaporkan hari ini kurang sedikit berbanding 14,900 semalam manakala kematian bertambah satu kes berbanding 26 semalam. Daripada jumlah kes harian itu, 14,046 adalah kes dalam kalangan penduduk awam, 131 melibatkan penghuni penjara dan 196 lagi kes import. Sebanyak 11,551 pesakit dilaporkan sembuh hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,467,383 kes. Kes kematian melibatkan individu berusia antara 39…

Read More

2,010 kes baharu di Filipina

MANILA 15 Feb. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 2,010 pertambahan kes baharu Covid-19 hari ini, turun sedikit berbanding 2,730 yang dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 3,641,940. Angka kematian pula meningkat kepada 55,146 orang selepas 52 lagi dilaporkan meninggal dunia berbanding 164 orang yang direkodkan semalam. Menurut DoH, sebanyak 6,293 pesakit sembuh dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 3,514,489 atau 96.5 peratus daripada keseluruhan kes dilaporkan pulih Sebanyak 72,305 kes aktif dilaporkan, kurang daripada 76,609 yang direkodkan semalam. Sementara itu DoH menjelaskan daripada 2,010 kes yang dilaporkan hari ini, 1,570…

Read More

22,133 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 15 Feb. – Sebanyak 22,133 kes baharu Covid-19 dilaporkan pada hari ini, menunjukkan peningkatan berbanding 21,315 yang dilaporkan semalam menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,083,683 kes. Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, daripada jumlah keseluruhan kes baharu hari ini, sebanyak 21,987 atau 99.34 peratus adalah kategori 1 dan 2 manakala 146 kes (0.66 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5. Kategori 1 : 5,831 kes (26.34%) Kategori 2 : 16,156 kes (73.0%) Kategori 3 : 102 kes (0.46%) Kategori 4 : 24 kes (0.11%) Kategori 5 : 20…

Read More

Tangguh ke Korea Selatan

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menasihatkan rakyatnya menangguhkan perjalanan ke Korea Selatan berikutan laporan jangkitan Covid-19 semakin membimbangkan. Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS memaklumkan bahawa Korea Selatan dikategorikan Tahap 4 iaitu berisiko “sangat tinggi”. Kini, hampir 140 negara di seluruh dunia dikategorikan Tahap 4 oleh CDC termasuk lima negara dan wilayah lain – Azerbaijan, Belarus, Comoros, Polinesia Perancis, serta Saint Pierre dan Miquelon. CDC menasihatkan jika ada yang perlu ke Korea Selatan, mereka perlu lengkap menerima vaksin dan dikemas kini vaksin Covid-19. “Walaupun telah lengkap divaksin, anda masih berisiko…

Read More

206,748 kanak-kanak disuntik vaksin

PUTRAJAYA 15 Feb. – Sebanyak 206,748 atau 5.8 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids). Semalam, seramai 36,306 lagi kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun mendapatkan suntikan vaksin itu. Menurut laman web COVIDNOW, setakat semalam juga, sebanyak 2,796,021 individu atau 89.9 peratus daripada populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun melengkapkan vaksinasi mereka. Sebanyak 1,279 lagi daripada populasi remaja itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menjadikan jumlah keseluruhan 2,875,825 atau 92.5 peratus. Sejumlah…

Read More

PM menghadap Sultan Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN 15 Feb. – Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob hari ini menghadap Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah sempena lawatan rasmi dua harinya ke negara ini. Ismail Sabri yang ditemani isteri Muhaini Zainal Abidin tiba di Istana Nurul Iman di sini pukul  10.45 pagi. Turut berangkat pada majlis menghadap itu ialah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha. Pada sesi menghadap itu, Perdana Menteri turut diiringi Menteri Luar Saifuddin Abdullah, Menteri Wilayah Persekutuan Shahidan Kassim dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Raja Reza Raja Zain Shah. Ismail Sabri kemudian mengadakan pertemuan…

Read More

Sweden cadang dos keempat

SWEDEN mengesyorkan individu berusia 80 tahun dan ke atas perlu menerima suntikan vaksin dos keempat bagi mengurangkan risiko terhadap golongan ini susulan penularan varian Omicron. Cadangan agensi kesihatan negara itu juga disyorkan kepada kesemua mereka yang berada di pusat jagaan. Dos keempat yang disifatkan sebagai dos penggalak kedua ini dicadangkan diberikan sekurang-kurangnya empat bulan selepas dos penggalak pertama. Untuk rekod, Sweden merekodkan peningkatan drastik jangkitan Covid-19 awal bulan lalu. Namun pihak berkuasa kesihatan kini sedang mempergiatkan pemberian dos penggalak untuk memastikan sistem kesihatan tidak berada dalam keadaan tertekan. Ketika ini…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 1.38

PUTRAJAYA 15 Feb. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 pada jangkaan mengikut kes seharian semalam bagi seluruh negara turun lagi kepada 1.38 berbanding 1.43 pada hari sebelumnya. Enam negeri merekodkan kadar melebihi purata kebangsaan itu dengan Wilayah Persekutuan Labuan sekali lagi merekodkan kadar tertinggi iaitu 1.94 berbanding 1.90 pada hari sebelumnya. Ini diikuti Sarawak dan Sabah yang masing-masing merekodkan kadar 1.56 berbanding 1.61 dan 1.60 pada hari sebelumnya, Pulau Pinang 1.43, Perlis 1.41 dan Kedah 1.40, Di bawah kadar kebangsaan adalah Pahang 1.36, Terengganu 1.35, Kelantan 1.34, Johor 1.33,…

Read More