Kes tertinggi Indonesia 57,049

JAKARTA 15 Feb. – Indonesia terus mencatatkan peningkatan kes baharu Covid-19 hari ini dengan merekodkan 57,049, kes harian tertinggi berbanding 36,501 kes yang dilaporkan semalam

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 56,267 adalah kes tempatan dan 782 kes import menjadikan jumlah keseluruhan 4,901,328.

Lima provinsi merekodkan kes harian tertinggi iaitu Jawa Barat 14,058 diikuti Jakarta 9,482, Jawa Timur 7,528, Jawa Timur 7,528, Banten 6,509, Jawa Tengah 3,514.

Sebanyak 26,747 pesakit sembuh menjadikan jumlah kumulatif 4,349,848 orang atau 86.7 peratus daripada keseluruhan kes dengan 406,025 kes aktif, bertambah 30,168 kes.

DKI Jakarta menambahkan 9,103 kes sembuh, yang tertinggi diikuti Jawa Barat 5,739, Jawa Timur 3,618, Banten 3,350, Bali 1,785

Sementara itu jumlah kematian yang direkodkan hari ini adalah 134 orang dan setakat ini 145,455 orang telah meninggal dunia akibat pandemik ini.

Jakarta merekodkan kematian tertinggi iaitu 50 kes, diikuti Jawa Tengah 21, Jawa Timur 15, Bali 14 dan Jawa Barat 11 kes.

Bagi program vaksinasi, penerima dos pertama kini 188,590,685 manakala penerima

vaksinasi kedua bertambah 833.899 menjadikan 136,647,928 dan penerima dos ketiga meningkat kepada 7,277,382 orang.

Related posts

Leave a Comment