Kadar kebolehjangkitan 1.38

PUTRAJAYA 15 Feb. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 pada jangkaan mengikut kes seharian semalam bagi seluruh negara turun lagi kepada 1.38 berbanding 1.43 pada hari sebelumnya.

Enam negeri merekodkan kadar melebihi purata kebangsaan itu dengan Wilayah Persekutuan Labuan sekali lagi merekodkan kadar tertinggi iaitu 1.94 berbanding 1.90 pada hari sebelumnya.

Ini diikuti Sarawak dan Sabah yang masing-masing merekodkan kadar 1.56 berbanding 1.61 dan 1.60 pada hari sebelumnya, Pulau Pinang 1.43, Perlis 1.41 dan Kedah 1.40,

Di bawah kadar kebangsaan adalah Pahang 1.36, Terengganu 1.35, Kelantan 1.34, Johor 1.33, Selangor 1.32, Negeri Sembilan 1.29, Wilayah Persekutuan Putrajaya 1.28, Perak 1.26, Melaka 1.23 dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.23.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment