2,010 kes baharu di Filipina

MANILA 15 Feb. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 2,010 pertambahan kes baharu Covid-19 hari ini, turun sedikit berbanding 2,730 yang dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 3,641,940.

Angka kematian pula meningkat kepada 55,146 orang selepas 52 lagi dilaporkan meninggal dunia berbanding 164 orang yang direkodkan semalam.

Menurut DoH, sebanyak 6,293 pesakit sembuh dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 3,514,489 atau 96.5 peratus daripada keseluruhan kes dilaporkan pulih

Sebanyak 72,305 kes aktif dilaporkan, kurang daripada 76,609 yang direkodkan semalam.

Sementara itu DoH menjelaskan daripada 2,010 kes yang dilaporkan hari ini, 1,570 (78%) berlaku dalam tempoh 14 hari terakhir (2 Februari – 15 Februari 2022).

Daripada 52 kematian, 29 berlaku pada Februari 2022 (56%), dan 23 pada Januari 2022 (44%) kerana lewat pengekodan maklumat kematian kepada COVIDKaya.

Related posts

Leave a Comment