Tangguh ke Korea Selatan

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menasihatkan rakyatnya menangguhkan perjalanan ke Korea Selatan berikutan laporan jangkitan Covid-19 semakin membimbangkan.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS memaklumkan bahawa Korea Selatan dikategorikan Tahap 4 iaitu berisiko “sangat tinggi”.

Kini, hampir 140 negara di seluruh dunia dikategorikan Tahap 4 oleh CDC termasuk lima negara dan wilayah lain – Azerbaijan, Belarus, Comoros, Polinesia Perancis, serta Saint Pierre dan Miquelon.

CDC menasihatkan jika ada yang perlu ke Korea Selatan, mereka perlu lengkap menerima vaksin dan dikemas kini vaksin Covid-19.

“Walaupun telah lengkap divaksin, anda masih berisiko mendapat dan menyebarkan virus berkenaan,” kata CDC.

Jabatan Negara AS turut meningkatkan tahap amaran perjalanan ke Korea Selatan kepada “Tahap 4: Jangan Melancong.”

Pada Isnin, Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA) melaporkan 54,619 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di Korea Selatan kepada 1,405,246, selain 21 kematian menjadikan keseluruhan 7,102.

Related posts

Leave a Comment