Thailand catat 14,373 kes baharu

BANGKOK 15 Feb. – Thailand merekodkan 14,373 kes baharu Covid-19 hari ini dengan 27 kematian menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,622,600 kes manakala 22,489 orang meninggal dunia.

Bagaimanapun jumlah kes harian yang dilaporkan hari ini kurang sedikit berbanding 14,900 semalam manakala kematian bertambah satu kes berbanding 26 semalam.

Daripada jumlah kes harian itu, 14,046 adalah kes dalam kalangan penduduk awam, 131 melibatkan penghuni penjara dan 196 lagi kes import.

Sebanyak 11,551 pesakit dilaporkan sembuh hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,467,383 kes.

Kes kematian melibatkan individu berusia antara 39 dan 95 tahun di mana Bangkok merekodkan lapan kes kematian di samping satu kes di Samut Prakan, Chon Buri (2), Ratchaburi (2), Phetchaburi (1), Si Sa Ket (2), Udon Thani (2), Loei (1), Chaiyaphum (1), Maha Sarakham (1), Ubon Ratchathani (1).

Di selatan, kes kematian direkodkan di Phuket (2), Phangnga (1) dan Surat Thani (1), sementara di utara, satu kes di Phetchabun.

Bangkok masih mendahului kes harian dengan 3,180, diikuti Samut Prakan 887, Chon Buri 548, Nonthaburi 512, Phuket 469, Nakhon Si Thammarat, Nakhon Ratchasima 354, Nakhon Pathom 345, Samut Sakhon 337 dan Chiang Mai 317.

Bagi kes import pula, 85 dari Rusia, 13 fMyanmar, 12 Jerman dan sembilan dari Kazakhstan.

Pada Isnin, 132,728 orang mendapatkan rawatan di hospital termasuk 702 dalam keadaan kritikal dan 145 bergantung kepada ventilator.

Related posts

Leave a Comment