Indonesia tambah 36,000 kes

JAKARTA 14 Feb. – Sebanyak 36,501 kes baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam di 34 provinsi di Indonesia, jumlah yang kurang sedikit berbanding 44,526 kes yang direkodkan semalam. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes di Indonesia setakat ini adalah 4,844,279 sejak pandemik bermula pada 2 Mac 2020. Sebanyak 145 kematian lagi direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan yang meninggal dunia meningkat kepada 145,321 orang. Menurut data Satuan Tugas Penanganan Covid-19, penambahan kes tertinggi adalah di Jakarta dengan 10,275 diikuti Jawa Barat 8,333, Banten 4,006, Jawa Timur 3.885, Jawa Tengah 2.366, Bali…

Read More

9,082 kes baharu Singapura

SINGAPURA 14 Feb. – Sembilan kematian dan 9,082 kes baharu Covid-19 direkodkan di Singapura hari ini berbanding empat kematian dan 9,420 kes semalam. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), jumlah yang direkodkan itu terdiri daripada 8,927‬ jangkitan tempatan dan 155 kes import. Dengan perkembangan ini jumlah kes yang direkodkan setakat ini adalah 478,577 dengan jumlah kematian pula 906 orang. Sebanyak 6,905 kes baharu Protokol 2 yang terdiri daripada 27 kes import dan 6,878 jangkitan tempatan. Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala…

Read More

2,227 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 14 Feb. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di Arab Saudi terus menunjukkan peningkatan hari ini dengan merekodkan 2,227 kes berbanding  2,136 semalam dan 1,726 pada hari sebelumnya. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, hanya satu kematian direkodkan berbanding dua individu yang meninggal dunia akibat Covid-19 semalam . Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 730,614 kes dengan jumlah kematian pula 8,974 orang. Sebanyak 3,469 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang pulih meningkat kepada 695,470 orang. Dalam kalangan kes aktif pula, sebanyak 1,016 dilaporkan…

Read More

Brunei Darussalam catat 1,477 kes

BERAKAS 14 Feb. – Kes jangkitan harian Covid-19 di Brunei Darussalam melonjak semula melebihi 1,000 kes hari ini dengan merekodkan 1,477 berbanding 963 semalam dan 1,125 pada hari sebelumnya. Menteri Kesihatan Dr Md Isham Jaafar pada sidang media petang ini berkata, kesemua kes tempatan yang direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 23,992. Katanya kesemua kes baharu itu adalah hasil daripada 5,167 jumlah ujian makmal yang dilakukan dalam tempoh 24 jam yang lalu.  Sebanyak 178 pesakit dilaporkan sembuh hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 17,414 pulih manakala…

Read More

Thailand lapor 14,900 kes baharu

BANGKOK 14 Feb. – Sebanyak 26 kematian dan 14,900 kes baharu direkodkan di Thailand dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 22,462 meninggal dunia dan 2,608,227 kes setakat ini. Angka baharu itu menunjukkan penurunan kes berbanding 15,882 yang dilaporkan semalam dan kematian pula bertambah dua orang berbanding 24 kes semalam. Daripada 14,900 kes, sebanyak 14,610 adalah dalam kalangan penduduk awam, 98 penghuni penjara dab 192 kes import. Kes kematian melibatkan individu berumur dari 45 hingga 99 tahun termasuk melibatkan 14 belum divaksin, dua mendapat satu dos, dua lagi mendapat dos…

Read More

2,730 kes baharu di Filipina

MANILA 14 Feb. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di Filipina menunjukkan penurunan hari ini dengan merekodkan 2,730 kes berbanding 3,050 yang direkodkan semalam. Menurut Jabatan Kesihatan (DoH), setakat pukul 4 petang ini, jumlah kematian yang direkodkan hari ini adalah 164 orang. Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 3,639,942 dengan jumlah kematian pula 55,094 orang. Menurut DoH, terdapat 7,456 pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 3,508,239 pesakit telah pulih daripada jangkitan. Daripada jumlah kes yang direkodkan di negara ini, sebanyak 2.1 peratus…

Read More

21,315 kes baharu di Malaysia

PUTRAJAYA 12 Feb. – Jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 di negara ini mencecah 3,061,550 kes berikutan pertambahan 21,315 kes baharu yang dilaporkan hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 87 kes (0.41 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 21,228 kes (99.59 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Kategori 1 : 6,200 kes (29.09%) Kategori 2 : 15,028 kes (70.50%) Kategori 3 : 48 kes (0.23%) Kategori 4 : 23 kes (0.11%) Kategori 5…

Read More

Penduduk Malaysia 32.4 juta

SHAH ALAM 14 Feb. – Penduduk Malaysia kini berjumlah 32.4 juta dengan Purata Kadar Pertumbuhan Tahunan (CAGR) penduduk adalah 1.7 peratus dalam tempoh 10 tahun, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob. Katanya, Banci Penduduk dan Perumahan 2020 juga mendapati jumlah penduduk mengikut kewarganegaraan menunjukkan 29.8 juta atau 91.7 peratus adalah warganegara dan 2.7 juta bukan warganegara. “Dari segi tempat kediaman pula, sebanyak 9.6 juta sudah dibanci dan 8.2 juta Isi Rumah (IR) dengan purata saiz persendirian adalah sebanyak 3.8 peratus,” katanya pada Majlis pelancaran Laporan Penemuan Utama Banci Malaysia 2020.…

Read More

Dos penggalak kedua di Korea Selatan

SEOUL: Korea Selatan akan memberikan dos keempat vaksin Covid-19, yang juga dos penggalak kedua menjelang akhir bulan ini, dengan individu berisiko tinggi akan menjadi kumpulan pertama penerima dos itu. Menteri Kesihatan Korea Selatan, Kwon Deok-cheol, berkata susulan penularan varian Omicron, kerajaan juga akan membekalkan jutaan kit ujian kendiri. Kementerian merancang memberikan dos penggalak kepada mereka yang tinggal di rumah serta fasiliti penjagaan dan lain-lain yang mengalami pengurangan imunisasi, berikutan peningkatan jangkitan dalam kalangan individu 60 tahun ke atas. Omicron menyebabkan kes harian mencatat rekod tertinggi, namun vaksinasi yang meluas dengan…

Read More