Thailand lapor 14,900 kes baharu

BANGKOK 14 Feb. – Sebanyak 26 kematian dan 14,900 kes baharu direkodkan di Thailand dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 22,462 meninggal dunia dan 2,608,227 kes setakat ini.

Angka baharu itu menunjukkan penurunan kes berbanding 15,882 yang dilaporkan semalam dan kematian pula bertambah dua orang berbanding 24 kes semalam.

Daripada 14,900 kes, sebanyak 14,610 adalah dalam kalangan penduduk awam, 98 penghuni penjara dab 192 kes import.

Kes kematian melibatkan individu berumur dari 45 hingga 99 tahun termasuk melibatkan 14 belum divaksin, dua mendapat satu dos, dua lagi mendapat dos kedua lebih empat bulan lalu dan dua lagi menerima dos ketiga.

Bangkok masih mendahului kes harian tertinggi iaitu 2,892 kes diikuti Samut Prakan 888, Nonthaburi 611, Chon Buri 590, Nakhon Ratchasima 567, Phuket 486, Nakhon Si Thammarat 434, Ratchaburi 324, Buriram 317 dan Nakhon Pathom 303.

Sehingga semalam, seramai 129,933 orang menerima rawatan Covid-19 di hospital termasuk 687 yang dalam keadaan kritikal dan 138 bergantung kepada ventilator.

Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 9,810 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh 2,455,832 orang.

Related posts

Leave a Comment