Brunei Darussalam catat 1,477 kes

BERAKAS 14 Feb. – Kes jangkitan harian Covid-19 di Brunei Darussalam melonjak semula melebihi 1,000 kes hari ini dengan merekodkan 1,477 berbanding 963 semalam dan 1,125 pada hari sebelumnya.

Menteri Kesihatan Dr Md Isham Jaafar pada sidang media petang ini berkata, kesemua kes tempatan yang direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 23,992.

Katanya kesemua kes baharu itu adalah hasil daripada 5,167 jumlah ujian makmal yang dilakukan dalam tempoh 24 jam yang lalu. 

Sebanyak 178 pesakit dilaporkan sembuh hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 17,414 pulih manakala jumlah kes aktif pula 6,476 termasuk 1,477 kes baharundan terdapat juga 99 kluster aktif.ww

Dalam kalangan kes-kes yang sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan, empat kes dalam Kategori 4, iaitu yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah rawatan rapi, manakala satu kes dalam Kategori 5.

Kadar pengisian di Pusat-pusat Pengasingan di seluruh negara atau ‘bed occupancy rate’ pula adalah sebanyak 20.4 peratus.

Bagi pencapaian Program Vaksinasi Kebangsaan, setakat 13 Februari 2022, kadar keseluruhan penduduk yang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin ialah 94.9 peratus, dua dos 94.1 peratus dan tiga dos 46.3 peratus.

Related posts

Leave a Comment