Indonesia tambah 36,000 kes

JAKARTA 14 Feb. – Sebanyak 36,501 kes baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam di 34 provinsi di Indonesia, jumlah yang kurang sedikit berbanding 44,526 kes yang direkodkan semalam.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes di Indonesia setakat ini adalah 4,844,279 sejak pandemik bermula pada 2 Mac 2020.

Sebanyak 145 kematian lagi direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan yang meninggal dunia meningkat kepada 145,321 orang.

Menurut data Satuan Tugas Penanganan Covid-19, penambahan kes tertinggi adalah di Jakarta dengan 10,275 diikuti Jawa Barat 8,333, Banten 4,006, Jawa Timur 3.885, Jawa Tengah 2.366, Bali 1.307, Sumatera Utara 804 dan Yogyakarta 671.

Sementara itu, pesakit Covid-19 yang dilaporkan sembuh adalah 13,338 menjadikan jumlah keseluruhan 4,323,101 orang.

Related posts

Leave a Comment