2,730 kes baharu di Filipina

MANILA 14 Feb. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di Filipina menunjukkan penurunan hari ini dengan merekodkan 2,730 kes berbanding 3,050 yang direkodkan semalam.

Menurut Jabatan Kesihatan (DoH), setakat pukul 4 petang ini, jumlah kematian yang direkodkan hari ini adalah 164 orang.

Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 3,639,942 dengan jumlah kematian pula 55,094 orang.

Menurut DoH, terdapat 7,456 pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 3,508,239 pesakit telah pulih daripada jangkitan.

Daripada jumlah kes yang direkodkan di negara ini, sebanyak 2.1 peratus atau 76,609 adalah kes aktif.

Sementara itu DoH menjelaskan daripada 2,730 kes yang dilaporkan hari ini, 2,627 (96%) berlaku dalam tempoh 14 hari terakhir (1 Februari – 14 Februari 2022).

Daripada 164 kematian, 86 berlaku pada Februari 2022 (52%) dan 52 pada Januari 2022 (32%).

Perangkaan itu juga melibatkan 6 kematian pada Disember 2021 (4%), 2 pada November 2021 (1%), 6 pada Oktober 2021 (4%), 8 pada September 2021 (5%), 2 pada Ogos 2021 (1%), dan 2 pada Julai 2021 (1%).

Related posts

Leave a Comment