2,227 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 14 Feb. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di Arab Saudi terus menunjukkan peningkatan hari ini dengan merekodkan 2,227 kes berbanding  2,136 semalam dan 1,726 pada hari sebelumnya.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, hanya satu kematian direkodkan berbanding dua individu yang meninggal dunia akibat Covid-19 semalam .

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 730,614 kes dengan jumlah kematian pula 8,974 orang.

Sebanyak 3,469 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang pulih meningkat kepada 695,470 orang.

Dalam kalangan kes aktif pula, sebanyak 1,016 dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment