9,082 kes baharu Singapura

SINGAPURA 14 Feb. – Sembilan kematian dan 9,082 kes baharu Covid-19 direkodkan di Singapura hari ini berbanding empat kematian dan 9,420 kes semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), jumlah yang direkodkan itu terdiri daripada 8,927‬ jangkitan tempatan dan 155 kes import.

Dengan perkembangan ini jumlah kes yang direkodkan setakat ini adalah 478,577 dengan jumlah kematian pula 906 orang.

Sebanyak 6,905 kes baharu Protokol 2 yang terdiri daripada 27 kes import dan 6,878 jangkitan tempatan.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Sebanyak 2,177 kes disahkan menerusi ujian PCR di mana 2,049 adalah jangkitan tempatan manakala 128 adalah kes import.

Sementara itu, serama 1,332 pesakit masih dirawat di hospital, naik sedikit berbanding 1,272 semalam di mana 147 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa dan 23 kes dipantau rapi di ICU.

Di samping itu seramai 10,298 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital.

Related posts

Leave a Comment