Lonjakan kes di Indonesia

JAKARTA 4 Feb. – Indonesia terus mencatat lonjakan kes baharu Covid-19 hari ini apabila merekodkan 32,211 kes berbanding 27,197 yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,446,694. Jumlah kes aktif Covid-19 mencapai 140,254 kes. Dalam tempoh yang sama, sebanyak 42 lagi kematian direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 144,453 orang meninggal dunia. Sementara itu, jumlah pesakit sembuh pula bertambah 7,190 orang sehingga jumlah kumulatif kes pulih meningkat kepada 4,161,987. Berikutan lonjakan ini, pemerintah terus menggesa penduduk lebih bertanggungjawab untuk mematuhi langkah-langkah protokol kesihatan termasuk penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka.

Read More

MoH siasat kesilapan beri dos keempat

SINGAPORE 4 Feb. – Kementerian Kesihatan (MoH) sedang menjalankan “siasatan menyeluruh” berhubung kes seorang wanita berusia 103 tahun tersilap diberi suntikan dos keempat vaksin Covid-19 pada 13 Disember 2021. Menurut MoH, wanita penghuni Rumah Jagaan ECON Healthcare -Chai Chee meninggal dunia pada 10 Januari , sebulan selepas diberi suntikan dos keempat itu oleh sebuah pasukan vaksinasi bergerak dari PanCare Medical Clinic Wanita itu yang sebelum itu sudah menerima tiga dos suntikan vaksin dimasukkan ke Hospital Besar Changi pada 16 Disember 2021, setelah mengalami radang paru-paru dan hiponatremia dan kemudian didiagnos…

Read More

Arab Saudi catat 3,555 kes baharu

RIYADH 4 Feb. – Arab Saudi merekodkan penurunan kes harian Covid-19 apabila jumlah kes hari ini turun di bawah 4,000 kes iaitu 3,555 berbanding 24 jam sebelumnya sebanyak 3,857. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan hari ini, tiga lagi kes dilaporkan meninggal dunia Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 702,624 orang manakala 8,950 orang meninggal dunia. Sebanyak 4,023 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 657,995. Dalam kalangan kes aktif pula, sebanyak 1,042 kes dalam keadaan kritikal.

Read More

140 kes baharu Brunei Darussalam

BANDAR SERI BEGAWAN 4 Feb. – Sebanyak 140 kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Negara Brunei Darussalam meningkat kepada 17,031 kes. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 139 adalah kes tempatan, manakala satu lagi  kes import. Tiada kematian baharu dilaporkan. Jumlah kematian kekal 59. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 49 kes dilaporkan sembuh hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 16,078 pesakit pulih. Sebanyak 140 kes aktif baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kini 851. Dalam kalangan kes-kes yang sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan, tidak ada kes dalam Kategori 4…

Read More

Thailand hampiri 10,000 kes

BANGKOK 4 Feb. – Hari kedua Thailand merekodkan lebih 9,000 kes jangkitan harian dengan merekodkan pertambahan kes baharu sebanyak 9,909 berbanding 9,172 yang dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 2,475,632 kes. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, sebanyak 22 kematian direkodkan berbanding 21 kes meninggal dunia semalam menjadikan 22,250 kematian. Kematian hari ini melibatkan individu berusia antara 28 dan 95 tahun dan Bangkok merekodkan tiga kes di samping Samut Prakan (1), Pathum Thani.(1), Trat (2), Ayutthaya (1) dan Lop Buri (1) serta  di Timur Laut (5), Selatan (5), Utara (3) Bangkok masih mendahului…

Read More

Lonjakan kes baharu di Malaysia

PUTRAJAYA 4 Feb. – Selepas tiga hari berturut-turut merekodkan kes harian melebihi 5,000, jumlah kes hari ini melonjak kepada 7,234 setakat pukul 12 tengah hari ini menjadikan ia angka tertinggi jangkitan harian tahun ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perkembangan itu menjadikan jumlah individu yang sudah dijangkiti oleh virus berkenaan meningkat kepada 2,895,014 kes. Mengikut rekod, angka tertinggi pada bulan Januari 2022 adalah 5,522 yang direkodkan pada 28 Januari dan jumlah itu meningkat pada 1 Februari kepada 5,566 diikuti 5,736 pada hari berikutnya dan semalam 5,720.

Read More

Kes harian Filipina 8,563

MANILA 4 Feb. – Setakat pukul 4 petang ini, Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 8,564 pertambahan kes baharu Covid-19, kurang sedikit berbanding 8,702 kes harian yang direkodkan semalam. Jumlah kematian juga menunjukkan penurunan kepada 46 kes berbanding semalam menyaksikan 71 orang meninggal dunia. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan Filipina setakat ini adalah 3,594,002 manakala jumlah yang meninggal dunia pula meningkat kepada 54,214 orang. Pada masa yang sama, sebanyak 10,474 pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada 3,388,399 orang atau 94.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan. Dalam…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 1.11

PUTRAJAYA 4 Feb. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara semalam turun lagi kepada 1.11 berbanding 1.14 pada hari sebelumnya. Perlis terus kekal mencatatkan nilai Rt tertinggi iaitu 1.25 berbanding sebelumnya 1.24 diikuti Johor yang kekal pada 1.20 Ini diikuti Pulau Pinang dengan 1.17, Sabah 1.16, Kedah 1.16, Wilayah Persekutuan Putrajaya 1.15, Melaka 1.14, Selangor 1.13. Negeri yang mencatatkan kadar di bawah 1.11 pula adalah Perak 1.09, Negeri Sembilan 1.08, Pahang 1.07, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.05 manakala Kelantan, Terengganu dan Sarawak masing-masing 1.04. Wilayah Persekutuan Labuan…

Read More