Lonjakan kes baharu di Malaysia

PUTRAJAYA 4 Feb. – Selepas tiga hari berturut-turut merekodkan kes harian melebihi 5,000, jumlah kes hari ini melonjak kepada 7,234 setakat pukul 12 tengah hari ini menjadikan ia angka tertinggi jangkitan harian tahun ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perkembangan itu menjadikan jumlah individu yang sudah dijangkiti oleh virus berkenaan meningkat kepada 2,895,014 kes.

Mengikut rekod, angka tertinggi pada bulan Januari 2022 adalah 5,522 yang direkodkan pada 28 Januari dan jumlah itu meningkat pada 1 Februari kepada 5,566 diikuti 5,736 pada hari berikutnya dan semalam 5,720.

Related posts

Leave a Comment