140 kes baharu Brunei Darussalam

BANDAR SERI BEGAWAN 4 Feb. – Sebanyak 140 kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Negara Brunei Darussalam meningkat kepada 17,031 kes.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 139 adalah kes tempatan, manakala satu lagi  kes import. Tiada kematian baharu dilaporkan. Jumlah kematian kekal 59.

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 49 kes dilaporkan sembuh hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 16,078 pesakit pulih.

Sebanyak 140 kes aktif baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kini 851.

Dalam kalangan kes-kes yang sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan, tidak ada kes dalam Kategori 4 dan Kategori 5.

Kadar pengisian di Pusat-pusat Pengasingan di seluruh negara atau ‘bed occupancy rate’ pula ialah sebanyak 16.3 peratus.

Mengenai vaksinasi, setakat semalam, sebanyak 94.8 peratus penduduk telah mendapat satu dos suntikan, 94.0 peratus melengkapkan dua dos vaksin manakala 41.5 peratus mendapatkan dos ketiga (penggalak).

Related posts

Leave a Comment