Arab Saudi catat 3,555 kes baharu

RIYADH 4 Feb. – Arab Saudi merekodkan penurunan kes harian Covid-19 apabila jumlah kes hari ini turun di bawah 4,000 kes iaitu 3,555 berbanding 24 jam sebelumnya sebanyak 3,857.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan hari ini, tiga lagi kes dilaporkan meninggal dunia

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 702,624 orang manakala 8,950 orang meninggal dunia.

Sebanyak 4,023 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 657,995.

Dalam kalangan kes aktif pula, sebanyak 1,042 kes dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment