Thailand hampiri 10,000 kes

BANGKOK 4 Feb. – Hari kedua Thailand merekodkan lebih 9,000 kes jangkitan harian dengan merekodkan pertambahan kes baharu sebanyak 9,909 berbanding 9,172 yang dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 2,475,632 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan Awam, sebanyak 22 kematian direkodkan berbanding 21 kes meninggal dunia semalam menjadikan 22,250 kematian.

Kematian hari ini melibatkan individu berusia antara 28 dan 95 tahun dan Bangkok merekodkan tiga kes di samping Samut Prakan (1), Pathum Thani.(1), Trat (2), Ayutthaya (1) dan Lop Buri (1) serta  di Timur Laut (5), Selatan (5), Utara (3)

Bangkok masih mendahului kes harian dengan 1,593 kes,  Samut Prakan 849, Nonthaburi 494, Chon Buri 460, Phuket 379, Ubon Ratchathani 254, Nakhon Ratchasima 200, Suphan Buri 193, Ratchaburi 190 dan Pathum Thani 189.

Kes import pula adalah dari Rusia 59, Israel 17, Kazakhstan 14, Czechia 13 dan Jerman 11.

Semalam sebanyak 86,473 orang menerima rawatan di hospital termasuk

516 yang kritikal dan 105 bergantung kepada ventilator manakala 7,827 kes dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 2,366,909 pulih.

Related posts

Leave a Comment