Kadar kebolehjangkitan 1.11

PUTRAJAYA 4 Feb. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara semalam turun lagi kepada 1.11 berbanding 1.14 pada hari sebelumnya.

Perlis terus kekal mencatatkan nilai Rt tertinggi iaitu 1.25 berbanding sebelumnya 1.24 diikuti Johor yang kekal pada 1.20

Ini diikuti Pulau Pinang dengan 1.17, Sabah 1.16, Kedah 1.16, Wilayah Persekutuan Putrajaya 1.15, Melaka 1.14, Selangor 1.13.

Negeri yang mencatatkan kadar di bawah 1.11 pula adalah Perak 1.09, Negeri Sembilan 1.08, Pahang 1.07, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.05 manakala Kelantan, Terengganu dan Sarawak masing-masing 1.04.

Wilayah Persekutuan Labuan pula mencatatkan lima kes.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment