Kes harian Filipina 8,563

MANILA 4 Feb. – Setakat pukul 4 petang ini, Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 8,564 pertambahan kes baharu Covid-19, kurang sedikit berbanding 8,702 kes harian yang direkodkan semalam.

Jumlah kematian juga menunjukkan penurunan kepada 46 kes berbanding semalam menyaksikan 71 orang meninggal dunia.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan Filipina setakat ini adalah 3,594,002 manakala jumlah yang meninggal dunia pula meningkat kepada 54,214 orang.

Pada masa yang sama, sebanyak 10,474 pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada 3,388,399 orang atau 94.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan.

Dalam pada itu, daripada jumlah kes yang direkodkan itu, 4.2 peratus atau 151,389 adalah kes aktif.

Sementara itu, DoH juga menjelaskan daripada 8,564 kes yang dilaporkan hari ini, sebanyak 6,560 (77%) berlaku dalam tempoh 14 hari terakhir (22 Januari – 4 Februari 2022).

Dan daripada 46 kematian, 26 berlaku pada Februari 2022 (57%), 18 pada Januari 2022 (39%), dan 2 pada Oktober 2021 (4%) kerana lewat pengekodan maklumat kematian kepada COVIDKaya.

Related posts

Leave a Comment