JAKARTA 4 Feb. – Indonesia terus mencatat lonjakan kes baharu Covid-19 hari ini apabila merekodkan 32,211 kes berbanding 27,197 yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,446,694.
Jumlah kes aktif Covid-19 mencapai 140,254 kes.
Dalam tempoh yang sama, sebanyak 42 lagi kematian direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 144,453 orang meninggal dunia.
Sementara itu, jumlah pesakit sembuh pula bertambah 7,190 orang sehingga jumlah kumulatif kes pulih meningkat kepada 4,161,987.
Berikutan lonjakan ini, pemerintah terus menggesa penduduk lebih bertanggungjawab untuk mematuhi langkah-langkah protokol kesihatan termasuk penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka.
