Penurunan kes di Arab Saudi

RIYADH 1 Feb. – Arab Saudi merekodkan penurunan kes harian Covid-19 hari ini dengan mencatatkan 3,861 kes berbanding 4,211 yang dilaporkan semalam. Menurut Kementerian Kesihatan,  seorang dilaporkan meninggal dunia berbanding semalam dengan empat kematian.. Dengan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 691,125 orang manakala kematian pula meningkat kepada 8,941 orang. Riyadh merekodkan kes harian tertinggi iaitu 1,368 diikuti Jeddah 258, Dammam 174, Hofuf 143 dan Makkah 125 manakala yang lain kurang darpada 100. Sebanyak 4,377 orang dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah keseluruhan…

Read More

5,566 angka tertinggi tahun ini

PUTRAJAYA 1 Feb. – Sebanyak 5,566 kes baharu Covid-19 dilaporkan setakat pukul 12 tengah hari ini, angka jangkitan tertinggi yang direkodkan untuk tahun ini. Dengan perkembangan ini, sehingga kini terdapat 2,876,324 individu di negara ini sudah dijangkiti virus berkenaan. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu kenyataan berkata, sejumlah 5,339 adalah penularan tempatan dengan 237 kes mendapat jangkitan di luar negara. Secara keseluruhannya, sejumlah 99.1 peratus atau 5,515 adalah kes dalam kategori satu dan dua, iaitu tidak bergejala dan bergejala ringan, manakala 0.9 peratus bersamaan 51 kes adalah…

Read More

9,493 kes harian di Filipina

MANILA 1 Feb. – Sehingga pukul 4 petang ini, Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 9,493 pertambahan kes Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 3,569,665 kes. Dalam tempoh yang sama, 51 orang dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 yang membawa kepada jumlah kumulatif 54,054 kematian. Menurut DoH, terdapat 24,210 pesakit yang dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 3,339,558 orang atau 93.6 peratus daripada keseluruhan kes. Daripada jumlah kes yang dicatatkan di negara ini, 4.9 peratus atau 176,053 adalah kes aktif.

Read More

PM hadir sambutan Tahun Baharu Cina

KUALA LUMPUR 1 Feb. – Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob. menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran MCA di Wisma MCA, di sini hari ini. Beliau tiba kira-kira pukul  9.30 pagi diiringi isteri, Muhaini Zainal Abidin, disambut Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan, Dr Wee Ka Siong. Ismail Sabri kemudian menyertai barisan kepemimpinan MCA untuk bersama-sama menggaul ‘Yee Sang’ di awal majlis itu. Turut hadir, barisan menteri Kabinet, antaranya Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin Ali serta Menteri Kanan Pertahanan, Hishammuddin Tun Hussein, selain bekas Perdana Menteri, Najib…

Read More

Thailand lapor 7,422 kes baharu

BANGKOK 1 Feb. – Thailand merekodkan 7,422 kes baharu Covid-19 termasuk 261 kes import serta 12 kematian dalam tempoh 24 jam. Jumlah kes baharu itu menunjukkan penurunan berbanding semalam yang merekodkan 8,008 kes dan 16 kematian. Kes kematian melibatkan individu berusia antara 51 dan 96 tahun di mana tiga kes dilaporkan di Bangkok, dua di Nonthaburi dan Ratchaburi, satu di selatan wilayah Phangnga, dan di utara Nan serta Kalasin (3), Khon Kaen (1) dan Amnat Charoen (1). Dalam kalangan kes baharu itu, sebanyak 7,133 melibatkan penduduk awam, 28 penghuni penjara…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 1.15

PUTRAJAYA 1 Feb. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara semalam naik kepada 1.15 berbanding 1.14 yang dilaporkan pada hari sebelumnya. Johor dan Kedah masing-masing mengatasi purata kebangsaan dengan merekodkan 1.17 dan Negeri Sembilan 1.16 manakala Wilayah Persekutuan Putrajaya merekodkan 1.15. Pulau Pinang pula dengan kadar 1.14, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.13, Selangor 1.12, Sabah dan Melaka masing-masing 1.11, Kelantan 1.09, Perak 1.05, dan Pahang 1.04. Kadar terendah dicatatkan Terengganu dengan 0.96. Sarawak mencatatkan 14 kes, Perlis 11 kes dan Wilayah Persekutuan Labuan satu kes.

Read More

93,365 lagi terima dos penggalak

PUTRAJAYA 31 Jan. – Jumlah penerima dos penggalak terus menunjukkan peningkatan apabila 93,365 lagi individu mendapatkannya sehingga semalam menjadikan jumlah keseluruhan mencecah 11,988,626 orang. Jumlah itu mewakili 51.2 peratus daripada populasi dewasa di negara ini yang telah menerima suntikan dos penggalak Covid-19 Menurut data di laman sesawang COVIDNOW, sejumlah 22,925,149 individu atau 97.9 peratus daripada populasi dewasa melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 99.1 peratus atau 23,202,052 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Bagi populasi remaja berumur antara 12 dan 17, sejumlah 2,788,610 individu atau 88.6 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan…

Read More

13 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 1 Feb. – Kementerian Kesihatan melaporkan 13 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 31,978 orang meninggal dunia daripada 2.85 juta kes yang dikesan di negara ini. Menurut data di portal COVIDNOW, empat daripada 13 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID). Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa. Sementara itu, terdapat 54,777 kes aktif Covid-19…

Read More