PM hadir sambutan Tahun Baharu Cina

KUALA LUMPUR 1 Feb. – Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob. menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran MCA di Wisma MCA, di sini hari ini.

Beliau tiba kira-kira pukul  9.30 pagi diiringi isteri, Muhaini Zainal Abidin, disambut Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan, Dr Wee Ka Siong.

Ismail Sabri kemudian menyertai barisan kepemimpinan MCA untuk bersama-sama menggaul ‘Yee Sang’ di awal majlis itu.

Turut hadir, barisan menteri Kabinet, antaranya Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin Ali serta Menteri Kanan Pertahanan, Hishammuddin Tun Hussein, selain bekas Perdana Menteri, Najib Razak dan Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Majlis diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan terhad kepada 300 tetamu jemputan, berbanding kapasiti Dewan San Choon yang boleh memuatkan sehingga 1,500 orang.

Bercakap kepada media kemudiannya, Ismail Sabri berharap Tahun Harimau sempena sambutan Tahun Baharu Cina kali ini akan terus mengeratkan hubungan antara kaum di negara ini, selain membawa kemakmuran dan kesejahteraan kepada Keluarga Malaysia,

Related posts

Leave a Comment