Thailand lapor 7,422 kes baharu

BANGKOK 1 Feb. – Thailand merekodkan 7,422 kes baharu Covid-19 termasuk 261 kes import serta 12 kematian dalam tempoh 24 jam.

Jumlah kes baharu itu menunjukkan penurunan berbanding semalam yang merekodkan 8,008 kes dan 16 kematian.

Kes kematian melibatkan individu berusia antara 51 dan 96 tahun di mana tiga kes dilaporkan di Bangkok, dua di Nonthaburi dan Ratchaburi, satu di selatan wilayah Phangnga, dan di utara Nan serta Kalasin (3), Khon Kaen (1) dan Amnat Charoen (1).

Dalam kalangan kes baharu itu, sebanyak 7,133 melibatkan penduduk awam, 28 penghuni penjara dan 261 kes import.

Bangkok merekodkan kes harian tertinggi dengan 1,254 kes, diikuti Samut Prakan 780, Nonthaburi 478, Chon Buri 391, Phuket 385, Nakhon Ratchasima 190, Si Sa Ket 150, Chiang Mai 133, Pathum Thani 131 dan Ubon Ratchathani 128.

Kes import pula adalah 117 dari Rusia, 30  Kazakhstan, sembilan masing-masing dari Ukraine dan United Kingdom, lapan dari Amerika Syarikat dan tujuh dari israel

Semalam, sebanyak 83,014 orang mendapatkan rawatan di hospital termasuk 557 dalam keadaan kritikal dan 107 memerlukan bantuan ventilator.

Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 8,715 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan 2,342,765 orang pulih.

Related posts

Leave a Comment