Penurunan kes di Arab Saudi

RIYADH 1 Feb. – Arab Saudi merekodkan penurunan kes harian Covid-19 hari ini dengan mencatatkan 3,861 kes berbanding 4,211 yang dilaporkan semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan,  seorang dilaporkan meninggal dunia berbanding semalam dengan empat kematian..

Dengan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 691,125 orang manakala kematian pula meningkat kepada 8,941 orang.

Riyadh merekodkan kes harian tertinggi iaitu 1,368 diikuti Jeddah 258, Dammam 174, Hofuf 143 dan Makkah 125 manakala yang lain kurang darpada 100.

Sebanyak 4,377 orang dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes pulih sebanyak 644,730.

Dalam kalangan kes aktif pula, sebanyak 981 kes dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment